Tuesday, April 13, 2010

Majlis Sambutan Maulidurrasul 1431H

Ceramah Maulidurrasul disampaikan P.M. Dr. Hj. Ahmad Che Yaacob
(Koordinator Kampus UiTM Kampus Johor Bahru)

Para hadirin selawat beramai-ramai.

Persembahan nasyid staf (Kumpulan al-Jawhar)

Persembahan nasyid pelajar (Kumpulan Nahwan’z Inspiration Club)

Lazimnya, masyarakat Islam di Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi memenuhi acara dalam sambutan Maulidurrasul di samping menghayati sejarah kelahiran Rasulullah s.a.w. sebagai utusan dalam menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini.

Sambutan Maulidurrasul 1431 H peringkat UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru telah diadakan pada 11 Mac 2010 bersamaan 25 Rabiul Awal 1431 H. Walaupun sambutan pada tahun ini tiada perarakan, tetapi tetap bermakna bagi warga kampus sebagai tanda cinta dan kasih terhadap baginda s.a.w.


Majlis ini dimulakan dengan bacaan selawat beramai-ramai di dalam dewan, kemudian disusuli ceramah bertajuk “Cinta & Kasih Pada Rasulullah…Kita Bagaima?” yang disampaikan oleh P.M. Dr. Hj. Ahmad Che Yaacob, Koordinator UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.


Penyampaian hadiah turut dimuatkan dalam majlis tersebut kepada pemenang pertandingan tilawah dan nasyid sempena sambutan Maulidurrasul yang telah dijalankan pada 9 Mac 2010. Pada majlis tersebut juga, terdapat dua kumpulan undangan khas mengalunkan nasyid iaitu kumpulan nasyid staf (al-Jawhar) dan kumpulan nasyid pelajar (Nahwan’z Inspiration Club). Seterusnya johon dan tempat kedua pertandingan nasyid juga dijemput membuat persembahan masing-masing.

Azri bin Bhari
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Kursus Pra Perkahwinan


Seramai 120 orang peserta terdiri daripada staf serta pelajar UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru dan masyarakat setempat telah menyertai Kursus Pra Perkahwinan. Kursus ini telah diadakan selama dua hari pada 30 & 31 Januari 2010. Sijil kursus ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor.


Antara tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberi input dan kefahaman berkaitan alam perkahwinan bagi golongan yang bakal bergelar pegngantin. Kursus ini juga, telah dijadikan syarat oleh Jabatan Agama Islam kepada setiap individu sebelum mendirikan rumah tangga.


Kursus ini mengandungi sebanyak 13 slot ceramah yang disampaikan oleh pakar dalam bidang tertentu seperti kadi dalam bidang hukum-hakam perkahwinan, peguam syarie dalam bidang undang-undang kekeluargaan, doktor dalam bidang kesihatan, kaunselor dalam bidang kaunseling rumah tangga dan banyak lagi.


Azri bin Bhari
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Kursus Penyembelihan

Ceramah Kursus Penyembelihan disampaikan oleh Ustaz Sabaruddin bin Isnin (Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Johor)

Antara tetamu jemputan yang hadir Ustaz Sidek Abdullah (Ketua Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, UiTM Johor), Encik Azizi Redza bin Zainal (Pengurus Pembangunan, Perbadanan Islam Johor)

Para peserta lelaki asyik mendengar ceramah.

Para peserta wanita asyik mendengar ceramah.

Praktikal penyembelihan lembu.

Skuad melapah.

Peserta staf UiTMJB menyembelih ayam.

Peserta Perbadanan Islam Johor menyembelih ayam.

Gotong-royong membersihkan ayam.

Gotong-royong membersihkan ayam.

Gotong-royong memproses ayam untuk dimasak.

Pada 20 Januari 2010 bersamaan 4 Safar 1431 H, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama dan tajaan Perbadanan Islam Johor telah mengadakan kursus penyembelihan dengan jayanya. Peserta kursus ini terdiri daripada 450 orang pelajar serta 80 orang staf UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru dan 10 orang peserta dari Perbadanan Islam Johor.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Sidek bin Abdullah, Ketua Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Johor. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah En. Azizi Redza bin Haji Zainal, Pengurus Pembangunan Insan, Perbadanan Islam Johor.

Kursus ini dimulakan dengan taklimat teori penyembelihan yang di sampaikan oleh Ustaz Sabaruddin bin Isnin, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Johor. Setelah sesi taklimat selesai di dalam dewan, para peserta kursus bergerak ke padang untuk sesi praktikal penyembelihan. Alhamdulillah, para peserta berjaya melakukan praktikal sembelihan 99 ekor ayam dan satu ekor lembu dengan baik. Hanya terdapat seekor ayam sahaja yang menjadi bangkai kerana kesilapan seorang peserta perempuan yang terkejut dan takut apabila ayam menggelupur sebelum sembelihan sempat disempurnakan.

Setelah praktikal sembelihan diselesaikan, para peserta yang hadir bergotong-royong membersih serta memotong ayam dan melapah lembu untuk dijadikan hidangan makan tengahari. Seusai solat zohor, para peserta kursus menikmati hidangan hasil sembelihan yang telah siap dimasak.

Azri bin Bhari
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Majlis Korban 1430 H (Hari Raya Korban)

Lembu siap sedia dikorbankan.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Skuad melapah lembu korban bersiap sedia.

Gotong-royong melapah.

Gotong-royong mengerat tulang.

Gotong-royong merewang masak.

Gotong-royong merewang masak.

Gotong-royong merewang masak.

Selesai gotong-royong, menikmati juadah, melepaskan penat.

Warga UiTM Kampus Bandaraya Johor Bharu tidak ketinggalan dalam melaksanakan ibadah korban pada 30 November 2009 bersamaan 13 Zulhijjah 1430H. Seekor lembu telah dikorbankan pada hari tersebut. Semua staf bergotong royong melapah serta memasak selepas diagihkan kepada fakir miskin.


Aktiviti gotong-royong dimulakan seawal jam 8:00 pagi dan berakhir menjelang waktu zohor. Antara menu pada hari tersebut ialah gulai kawah, sup tulang, nasi putih dan ulam-ulaman beserta sambal belacan.


Azri bin Bhari
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Program Ihya’ Ramadhan 2009

Ceramah persiapan menyambut ketibaan Ramadhan oleh Tuan Haji Faisal bin Mohamed (Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal & Wakaf, Majlis Agama islam Johor)

Para hadirin asyik mendengar tip & panduan mengharungi ibadah di bulan Ramadhan.

Menyambut ketibaan perasmi majlis penutup Program Ihya' Ramadhan 2009
YB Tuan Haji Adam bin Sumiru (ADUN Tanjung Puteri)


VVIP yang hadir P.M. Zaluddin Sulaiman (Timb. Pengarah HEP UiTM JOhor), YB Tuan Haji Adam Sumiru (ADUN Tanjung Puteri) & P.M. Dr. Hj. Ahmad Che Yaacob (Koordinator UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru)

Adik Mohd Saad bin Zainuddin (mangsa kemalangan) menerima sumbangan derma kilat dari warga kampus.

Anak-anak yatim menerima sumbangan persiapan hari raya.

Anak-anak yatim diraikan.

Anak-anak yatim diraikan.

Kumpulan tadarus staf yang dikendalikan P.M. Dr. Hj. Ahmad Che bin Yaacob

Kumpulan tadarus di kalangan pelajar.

Gotong-royong bakar lemang.

Gotong-royong menyediakan lemang untuk hidangan berbuka puasa.

Gotong-royong menyediakan ketupat untuk hidangan berbuka puasa.

Gotong-royong menyediakan nasi beriyani ayam untuk hidangan berbuka puasa.

Tetamu yang hadir semasa perasmian penutupan Program Ihya' Ramadhan 2009.

Jamuan berbuka puasa harian di Surau al-Hidayah, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Solat terawih berjemaah di Surau al-Hidayah.

Sesi tazkirah selepas solat terawih.

Program Ihya’ Ramadhan 2009 yang bertemakan “Ramadhan disemai, Taqwa dituai” telah berjaya dijalankan dengan baik bagi menghidupkan suasana beribadah di bulan Ramadhan di kalangan warga kampus UiTM Kampus Bandaraya Johor bahru.


Program selama sebulan ini dimulakan dengan ceramah bertajuk “Ramadhan Bulan Mendidik Jiwa” pada 20 Ogos 2009 bersamaan 29 Sya’ban 1430 H (Khamis) yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Zakat Baitulmal & Wakaf, Majlis Agama Islam Johor. Seterusnya pada hari tersebut P.M. Dr. Hj. Ahmad Che Yaacob, Koordinator Kampus turut melancarkan tabung bantuan kewangan untuk anak-anak yatim dan adik Mohd Saad bin Zainuddin mangsa kemalangan yang lumpuh separuh badan.

Antara lain aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ialah tadarus al-Quran, iftar jamaie, solat tarawih berjemaah, tazkirah selepas solat tarawih, pembukaan kaunter kutipan zakat fitrah dan pelbagai lagi.

Kemuncak program Ihya’ Ramadhan telah diadakan pada 9 September 2009 bersamaan 19 Ramadhan 1430 H. Bermula pada awal pagi, warga kampus telah bergotong-royong menyediakan lemang, ketupat, rendang daging dan nasi minyak sebagai menu berbuka pauasa. Pada sebelah petang, program diserikan lagi dengan “Tautan Kasih” melibatkan seramai 40 orang anak yatim dari Sek. Keb. Kg. Pasir yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej.

Majlis dimulakan dengan khatam al-quran, kemudian dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji. Adam bin Sumiru, ADUN Tanjung Puteri. Antara tetamu kehormat lain yang hadir ialah Prof. Madya Zaluddin Bin Sulaiman, Timb. Pengarah Hal Ehwal Pelajar, UiTM Johor dan P.M. Dr. Hj. Ahmad Che Yaacob, Koordinator UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Pada majlis tersebut, anak-anak yatim dan adik Mohd Saad bin Zainuddin mangsa kemalangan yang lumpuh separuh badan telah diraikan dengan jamuan berbuka puasa dan sedikit saguhati serta duit raya dari pihak yang bermurah hati memberikan sumbangan. Pada kesempatan yang ada, pihak UiTM Kampus Bandaraya juga telah melancarkan perasmian Majalah Pena Daksina yang julung kali diterbitkan. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari Nahwan’z Inspiration Club, pentomen sempena kemerdekaan dan cabutan bertuah.

Azri bin Bhari
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru