Dari kiri Puan Fasha Ja'far (Penolong Pendaftar UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru), Ustazah Siti Rahimah Mohd Don & Ustazah Sa'adah Salihan (Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru)
Kursus ini telah dikendalikan oleh moderator jemputan iaitu Ustazah Siti Rahimah binti Mohd Don & Ustazah Sa'dah binti Salihan dari Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru. Para peserta diberi taklimat teori terlebih dahulu dan disusuli dengan simulasi berkaitan adab-adab pesakit, adab menziarahi pesakit, bantuan yang boleh diberikan sejurus selepas seseorang meninggal dunia, cara memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah.
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru
