Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, July 30, 2009

KENAPA MARAH?

Jangan marah,
marah itu gaduh,
marah itu hodoh,
marah itu parah,
marah itu tidak endah,
marah itu nafsu amarah,

marah itu berang,
marah itu garang,
marah itu bengang,
marah itu tidak girang,

marah itu bermuka masam
marah itu merupakan sifat manusia terpendam

Sabda Nabi s.a.w. :
"Siapakah yang kalian anggap perkasa? Kami menjawab : Orang yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa. Nabi bersabda : Bukan itu, tetapi orang yang dapat mengawal diri ketika marah."
(Riwayat Muslim)

Nasihat Ulamak Berkaitan Sifat Marah

Abdullah bin Mas’ud berkata : “Perhatikan sifat lemah-lembut seseorang ketika marah dan perhatikan sifat amanahnya ketika dia rakus! Pengajaran yang diperoleh daripada sifat lemah-lembutnya apabila dia tidak marah dan dengan sifat amanahnya apabila dia tidak rakus.”

Khalifah Umar Abdul Aziz telah menulis surat kepada wakilnya, “Anda tidak (harus) menjatuhkan hukuman ke atas seseorang ketika anda marah. Tahanlah orang itu dulu dan apabila perasaan marah itu sudah tenang, maka keluarkan orang itu dan jatuhkan hukuman mengikut dosanya (kesalahannya) dan anda tidak menghukum lebih daripada lima belas kali sebat.”

Saiyidina Umar al-Khattab dalam pidatonya selalu berkata, “Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang mengawal dirinya daripada kerakusan, hawa nafsu dan kemarahan.”

Abdullah al-Mubarak ketika menjawab pertanyaan supaya memberikan kesimpulan mengenai pengertian budi pekerti berkata, “Meninggalkan marah.”

Wahab bin Munabbih berkata, “Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, bodoh dan tamak.”

Panduan Mengatasi Sifat Marah
  1. Memerhatikan pelbagai nasihat dari al-quran, al-hadith, nasihat para ulamak berkaitan keutamaan menahan sifat marah serta bersifat santun.
  2. Perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala perlakuan dan Allah sentiasa memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab insan.
  3. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah manusia ini hanyalah hamba yang hina.
  4. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar diselamatkan daripada sifat marah.
  5. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang dimarahi.
  6. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa diri ketika sedang marah.
  7. Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  8. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhuk kerana wudhuk dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  9. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah duduk atau baring. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila berbuat demikian.
Justeru itu, berusahalah mengawal diri dari sifat marah. Agar hidup kita terarah.

Rujukan :
Sa'd Hawwa (2008), Intisari Ihya' Ulumuddin Imam al-Ghazali : Mensucikan Jiwa, Kaedah Tazkiyatun Nafs Bersepadu, terj : Aunur Rafiq Shaleh Tamhid, Selangor : Pustaka Dini Sdn. Bhd.

Saturday, February 7, 2009

Teka-Teki Imam al-Ghazali

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang.

LaluImam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran. Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'raf 179 )

4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan.

Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...

Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Saturday, August 2, 2008

Ibu & Ayah Tercinta

Sekadar renungan…

Buat diri yang bergelar ANAK…

Renungilah,
IBU, AYAH & KITA…

Ketika kita berusia 1 tahun, IBU & AYAH menyuapkan makanan & memandikan kita…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan MENANGIS sepanjang malam…

Ketika kita berusia 2 tahun, IBU & AYAH mengajar kita bermain…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan LARI SAMBIL KETAWA terkekeh-kekeh apabila dipanggil…

Ketika kita berusia 3 tahun, IBU & AYAH menyiapkan makanan dengan penuh rasa kasih sayang…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan MENUMPAHKAN makanan ke atas lantai…

Ketika kita berusia 4 tahun, IBU & AYAH membelikan kita sekotak pensel warna…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan MENCONTENG dinding rumah…

Ketika kita berusia 5 tahun, IBU & AYAH membelikan kita sepasang baju baru…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan MENGOTORKAN baju bergolek-golek dalam lopak…

Ketika kita berusia 6 tahun, IBU & AYAH memimpin tangan kita ke sekolah…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan menjerit " SAYA TAK MAHU KE SEKOLAH"…

Ketika kita berusia 7 tahun, IBU & AYAH membelikan kita sebiji bola…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan MEMECAHKAN cermin tingkap rumah jiran…

Ketika kita berusia 8 tahun, IBU & AYAH membelikan kita aiskrim…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan MENGOTORKAN pakaian mereka…
Ketika kita berusia 9 tahun, IBU & AYAH menghantar kita ke sekolah…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan PONTENG kelas dan TIDAK BERADAB…

Ketika kita berusia 10 tahun, IBU & AYAH menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana sahaja…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan TIDAK BERTEGUR SAPA…

Semasa kita berusia 12 tahun, IBU & AYAH menyuruh membuat kerja rumah…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan asyik MENONTON televisyen…

Semasa kita berusia 13 tahun, IBU & AYAH menasihatkan supaya berpakaian yang sopan...Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan berkata bahawa pakaian itu “TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG’…

Semasa kita berusia 14 tahun, IBU & AYAH terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan TIDAK MENGIRIM KHABAR BERITA…

Semasa kita berusia 15 tahun, IBU & AYAH pulang dari kerja dan rindukan pelukan serta ciuman kita…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan bersendirian dan MENGUNCI BILIK…

Semasa kita berusia 16 tahun, IBU & AYAH menunggu panggilan penting…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan BERGAYUT sepanjang malam…

Semasa kita berusia 17 tahun dan lulus peperiksaan, IBU & AYAH menangis gembira…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan ENJOY & CELEBRATE dengan kawan-kawan…

Semasa kita berusia 18 tahun, IBU & AYAH menangis gembira lagi kerana kita diterima masuk Institusi Pengajian Tinggi…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan BERSUKA RIA dengan kawan-kawan…
Semasa kita berusia 19 tahun, IBU & AYAH membelanjakan wang yang banyak untuk menghantarkan kita ke kampus…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN DI LUAR ASRAMA kerana malu dengan kawan-kawan…

Apabila kita berusia 21 tahun, IBU & AYAH bertanya dengan rasa prihatin hubungan kita dengan pasangan bercinta kita…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan berkata " IBU NI KEPOHLAH!!! BISINGLAH!!!"…

Apabila kita berusia 23 tahun, IBU & AYAH cuba memberi pandangan mengenai kerjaya….
Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan berkata, "SAYA TAK MAHU JADI MACAM IBU DAN AYAH!!!"…

Apabila kita berusia 25 tahun, IBU & AYAH bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan BERPINDAH JAUH…

Apabila kita berusia 27 tahun, IBU & AYAH menalifon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi kita…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan berkata, " ITU ZAMAN DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN!!!"

Apabila kita berusia 40 tahun, IBU & AYAH menalifon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung.…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan berkata " SAYA SIBUK, TIADA MASA NAK DATANG!!!!" …

Apabila kita berusia 50 tahun, IBU & AYAH jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang…Kita MEMBALAS BUDI mereka dengan MENGHANTAR KE RUMAH ORANG-ORANG TUA…

Ingatlah, selagi IBU & AYAH masih hidup, kasihi dan sayangilah mereka…

dan jika IBU & AYAH sudah meninggal dunia, ingatlah jasa dan pengorbanan mereka…

IBU & AYAH itu harta ALLAH…

hargailah mereka selagi kita punya kesempatan…

Wednesday, July 23, 2008

Hiduplah Sebagai Musafir...

HADIS 40

(Petikan dari Kitab Hadis Arba'in, karangan Al-Imam Nawawi Rahimahullah)

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari. Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda : Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.

lbnu 'Umar r.a. pernah berkata : Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi danapabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

Pengajaran hadis :
  1. Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.

  2. Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.

  3. Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

Friday, March 28, 2008

Muhasabah diri

Marilah kita sama-sama hayati dan renungkan setiap persoalan ini untuk memastikan adakah kita ini menjalani kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim....
  1. Adakah anda solat subuh berjemaah setiap hari?

  2. Adakah anda memelihara setiap solat anda?

  3. Adakah anda hari ini telah membaca Al-Quran?

  4. Adakah menjadi rutin bagi anda membiasakan diri membaca wirid dan zikir selepas solat?

  5. Adakah anda melaksanakan solat-solat sunat rawatib, ba’diyah dan qabliyah?

  6. Adakah hari ini anda khusyuk dalam solat dengan merenungi dan memahami setiap bacaannya?

  7. Adakah anda sentiasa ingat mati dan alam kubur?

  8. Adakah anda ingat akan hari kiamat dan hari akhirat dan segala peristiwa dan kedahsyatannya?

  9. Adakah anda sentiasa berdoa kepada Allah memohon dimasukkan ke dalam syurga? Kerana barang siapa yang memohon akan syurga Allah, maka syurga itu akan berdoa “Ya Allah, masukkan lah ia ke dalam syurga”.

  10. Adakah anda sentiasa berdoa kepada Allah memohon supaya diselamatkan dari neraka? Kerana barang siapa yang memanjatkan doa tersebut, maka neraka itu akan berdoa “Ya Allah, selamatkanlah dia dari api neraka”.

  11. Adakah hari ini anda berdoa kepada Allah supaya Allah menetapkan hati mu dalam agamaNya?

  12. Adakah hari ini anda beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya di atas segala dosa anda?

  13. Adakah hari ini anda menangis lantaran takut kepada Allah s.w.t?

  14. Adakah anda memanfaatkan waktu-waktu terkabulnya doa dan pada saat itu anda memohon kepadaNya?

  15. Adakah anda sentiasa menambah pengetahuan anda tentang agama?

  16. Adakah anda berdoa memohon keampunan untuk setiap muslimin dan muslimat kerana sesungguhnya memohon keampunan saudara mu yang beriman merupakan satu hasanah?

  17. Adakah anda sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan?

  18. Sudahkah anda meninggalkan rasa benci kerana diri anda dan berusaha membenci sesuatu kerana Allah?

  19. Sudahkah anda menjauhkan sifat takkabur, sombong dan riya’?

  20. Adakah anda berbuat baik dan berbakti kepada kedua orang tuamu?

  21. Sudahkah anda bertaubat kepada Allah dengan taubat yang seikhlasnya pada setiap waktu di atas dosa-dosa dan kesalahan yang telah anda lakukan?
Marilah kita renungkkan bersama² .....

Sunday, February 3, 2008

Siapakah......?

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Thursday, January 31, 2008

Muhasabah masa

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa
Sehari = 24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal 65 th

"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Laki-laki Baligh 15 tahun
Wanita Baligh 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:

50 tahun = 18250 hari = 458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam



Gambaran kasarnya: Mari kita muhasabah bersama...


Waktu kita tidur 8 jam/hari



Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun.

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya...



Waktu aktiviti kita di siang hari 12 jam



Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun.

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.



Waktu rehat 4 jam



Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... .


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun




Lalu Bila Nak Beribadah?


Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;

"Tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah".


Maut datang menjemput tak pernah bersahut,

Malaikat datang menuntut untuk merenggut,

Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,

Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,

Terimalah habuanmu seadanya..


Memang benar!!!

Menuntut ilmu itu ibadah,

kalau niatnya untuk ibadah,

tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.

Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...


Memang benar!!!

Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?

Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

"Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya"


Lalu Bila Nak Beribadah?


Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi...

Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...

Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?

1 solat = 10 minit .....

5x solat = 1 jam

Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam = 18250 jam = 2 tahun


Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah, amacam? )

2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita.... itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima. Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...


Logiknya: Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zam an akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana...


Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat,

Isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat,

Ingatlah negeri kita...Akhirat

Hidup Ini Penuh Dengan Ujian

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah s.w.t.

Justeru itu, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu. Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah dan bacalah al-Quran. Sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya. Segala jawapan ada di dalamnya...

KENAPA SAYA DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta."

(Surah Al-Ankabut : 2&3)

KENAPA SAYA TIDAK DAPAT APA YANG DIHAJATI?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah : 216)




KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah Al-Baqarah : 286)

RASA FRUST?
Jaganlah kamu bersikap lemah, dan jaganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.
(Surah Al-Imran : 139)

BAGAIMANA HARUS SAYA MENGHADAPINYA?
Wahai orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah (kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Surah Al-Imran : 200)




Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar serta mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk
(Surah Al-Baqarah : 45)

APA YANG SAYA DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
(Surah At-Taubah : 111)

KEPADA SIAPA SAYA BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya, hanya kepadaNya aku bertawakkal.
(Surah At-Taubah : 129)

SAYA SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
...dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
(Surah Yusuf : 12)

Sunday, January 27, 2008

Renungan sebelum menuju kampung abadi

Walau bagaimana tinggi sekalipun darjatmu di dunia ini, suatu hari nanti akan tetap kembali ke perut bumi.

Walau bagaimana ramai sekalipun sahabatmu di atas muka bumi ini, suatu hari nanti akan tetap keseorangan dalam perut bumi.

Walau bagaimana hebat kemegahanmu melakukan maksiat di dunia ini, suatu hari nanti akan tetap diazab dalam perut bumi.

Walau bagaimana banyak sekalipun harta yang kamu kumpul, suatu hari nanti akan tetap musnah jua harta itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi.

Walau bagaimana besar takburmu diatas muka bumi ini, suatu hari nanti akan tetap di hina di dalam perut bumi.

Walau bagaimana banyak sekalipun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini, suatu hari nanti akan tetap hidup dalam gelap gelita di dalam perut bumi.

Justeru itu, sulami usia dengan hidup beribadah kepada Ilahi supaya selamat di kampung abadi.