Showing posts with label Perihal Remaja. Show all posts
Showing posts with label Perihal Remaja. Show all posts

Tuesday, April 29, 2008

Bagaimana jiwa remaja?

PADA Isnin lalu, masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar perempuan yang mati selepas terjatuh dari tingkat 11, sebuah pangsapuri di Putrajaya.

Mangsa, Nurul Farah Mazlan, 17, dipercayai cuba turun dari rumahnya di tingkat 11 untuk ke rumah rakannya di tingkat 10 menggunakan ikatan kain cadar lalu terjatuh ke bawah.

Kejadian itu berlaku ekoran mangsa tidak dibenarkan keluar dari rumah oleh ibu bapanya selepas menyatakan keinginan untuk menemui seorang rakan.

Kes seperti ini bukanlah kejadian pertama yang berlaku di negara kita, malah dikatakan kerap kali berlaku dalam kalangan remaja mahupun orang dewasa hari ini.

Menurut sumber yang dipetik menerusi laman web, www.familyeducation.com dan artikel Dolores Curran bertajuk, How to Get Along with Parents (Clarion Herald, New Orleans, April 11, 1985), setiap remaja inginkan kesempurnaan dan kebebasan diri daripada kongkongan hidup khususnya oleh kedua-dua ibu bapa.

Remaja sememangnya begitu menghargai keunikan diri dan mengambil identiti diri mereka dengan menyokong perasaan hormat diri yang tinggi kepada ibu bapa mereka.

Jika sebaliknya yang berlaku, iaitu sejak kecil remaja terlibat tidak berasa dirinya istimewa atau dihargai, dia akan berasakan kekeliruan wujud di dalam dirinya.

Ini terutama jika seorang remaja hanya mendapat perhatian apabila dia melakukan kesalahan atau kejahatan yang sebaliknya dilakukan.

Justeru, remaja mempunyai hak untuk membuat keputusan dan ibu bapa pula perlu memahami kehendak dan kepuasan yang diinginkan.

Namun yang pasti, remaja haruslah mempunyai alasan yang kukuh agar tidak berlakunya percanggahan pendapat oleh kedua-dua ibu bapa sehingga berani melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Famili&pg=fa_01.htm

Sunday, April 6, 2008

Di mana silapnya?

Sufiah Yusuf, a Malaysian math prodigy winning the hearts of many entered Oxford at the age of 13. She could’ve been a very rich women by now. Instead, she is charging £130 per hour for sex.

Now who’s to blame?
Sufiah Yusuf anak kepada pasangan Yusuf berasal dari Pakistan dan Beribukan Halimahton dari Muar, Johor pernah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada seawal usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.

Suffiah tidak mahu pulang ke pangkuan keluarga kerana disifatkannya seperti hidup dalam neraka. Seterusnya Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali menyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya bertahan setahun selepas didirikan.

Baru-baru ini, berita tentang Sufiah Yusuf dipaparkan kembali apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated learing kendaliannya.

Seterusnya wartawan akhbar News of the World (NOTW), mendedahkan bahawa Sufiah Yusuf, kini terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!

Saturday, April 5, 2008

Punca Masalah Remaja

PERSOALAN mengenai remaja banyak dibincangkan. Antara perbicaraan hangat isu remaja adalah berkisar masalah keruntuhan akhlak dan moral, lepak, bohsia, bohjan, vandalisme, dadah, jenayah dan pelbagai isu negatif lain kerap mendapat tempat dalam masyarakat.

Saya agak kecewa melihat masalah-masalah remaja yang seolah-olah sudah tidak terkawal. Saya berpandangan anda semua juga kecewa bila menonton di kaca TV, mendengar di radio dan membaca di akhbar berkaitan isu-isu masalah remaja.

Apakah masalah sebenar yang melanda mereka?
Bagaimana mereka boleh terjebak dalam kancah yang negatif ini?

Bersama kita renungkan sejenak punca-punca masalah remaja kini.

1) Kepincangan didikan agama dan keruntuhan didikan moral.

Hampir semua isu keruntuhan moral bertitik-tolak kepada kepincangan didikan agama. Setiap saat kita terpaksa mengakui bahawa anasir yang melalaikan begitu banyak di sekeliling remaja. Kecanggihan perkembangan teknologi maklumat yang melampaui batasan, muzik yang melalaikan serta sosio seksual di luar kawalan adalah antara anasir yang dimaksudkan. Lebih malang, apabila remaja terpaksa berhadapan dengan kongkongan konservatif yang menghalang serta menegah mereka secara mutlak untuk terbabit dalam anasir tadi tanpa memahamkannya.

2) Runtuhnya institusi keluarga

Jika ditanya kebanyakan para remaja yang terlibat, kebanyakannya terdiri dari latarbelakang keluarga yang hancur. Ibu bapa sering berkonflik atau mungkin bercerai berai. Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai ‘role model’ dan qudwah hasanah (teladan) juga semakin menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran. Jika remaja diminta menutup aurat, tetapi ibu bapa tidak berbuat demikian dan memandang ringan perkara ini, maka budaya menutup aurat di kalangan remaja tidak mungkin dapat dilaksanakan secara keseluruhan. Jika remaja dilarang merokok, tetapi pada masa sama keluarga masih mengamalkan perbuatan itu, tidak mungkin wujud masyarakat remaja yang bebas rokok. Kepemimpinan melalui teladan iaitu teladan daripada keluarga dan masyarakat adalah antara cara untuk menyelamatkan anak daripada terjebak ke dalam masalah sosial.

3) Pengaruh rakan sebaya

Tidak dapat dinafikan rakan sebayalah yang mempunyai pengaruh yang lebih hebat berbanding pengaruh ahli keluarga bagi kebanyakan remaja yang terlibat dalam kancah yang negatif ini.

4) Media Massa

Iaitu pengaruh media massa. Faktor ini adalah antara faktor terkuat remaja itu terdorong untuk melakukan permasalahan sosial yang melampau. Media perlu memaparkan nilai sejagat sebagai ilmu dan contoh untuk remaja. Kepentingan komersil perlu diketepikan kerana agenda pembinaan jati diri remaja yang sejati lebih utama untuk ditonjolkan. Iklan mencolok mata dan merangsang kepada keruntuhan akhlak perlu diketepikan.

5) ‘Spirit of belonging’ yang terseleweng

Tidak dinafikan ini merupakan sifat yang bagus jika disalurkan ditempat yang betul. Menyertai persatuan atau kelab seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persekutuan Pengakap Malaysia, dan yang berkaitan adalah contoh terbaik. Tetapi apabila semangat yang baik ini disalurkan kepada kelompok yang negatif, maka tidak hairan hasilnya negatif dan kerana itulah kita lihat kebiasaan remaja yang bermasalah ini mempunyai ‘click’ dan ‘geng-geng’ dari kelompok mereka sendiri.

6) Trauma

Pengalaman hitam yang pernah melanda kehidupan remaja bermasalah menjadikan mereka terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral. Misalnya latar belakang kehidupan mereka yang mungkin sering mengalami mimpi ngeri seperti penderaan secara fizikal dan mental misalnya. Mungkin mereka pernah menerima gangguan seks sebagai contoh. Ini juga merupakan titik punca mereka mula memberontak dan mula terjebak dengan kancah sosial yang negatif.

Andaikan.....

Andainya penjagaan dan pendidikan remaja dapat dilihat sebagai sebatang pokok, maka pendidikan agama adalah akar tunjang kepada kekuatan remaja. Sementara institusi kekeluargaan mantap dan mampu memainkan peranan sewajarnya akan menjadi batang kukuh dalam membangunkan jati diri remaja. Sekolah dan rakan sebaya berfungsi sebagai dahan yang akan menjadi pelindung kepada pembentukan jati diri remaja. Sekolah patut memainkan peranan sebagai pusat sumber ilmu, tempat memupuk kemahiran dan institusi yang mengamalkan interaksi sosial terkawal. Rakan sebaya sempurna perlu dirapati dengan membentuk identiti kumpulan rakan sebaya yang ceria, berfikiran matang dan bertindak mengikut norma dibenarkan. Masyarakat dan media massa pula berperanan menjadi daun rimbun yang melindungi dan memayungi pohon jati diri remaja. Media perlu memaparkan nilai sejagat sebagai ilmu dan contoh untuk remaja. Kepentingan komersil perlu diketepikan kerana agenda pembinaan jati diri remaja yang sejati lebih utama untuk ditonjolkan. Iklan mencolok mata dan merangsang kepada keruntuhan akhlak perlu diketepikan. Begitu juga masyarakat, terutama yang lebih dewasa perlu lebih bertanggungjawab untuk melihat kecemerlangan remaja pada masa depan.