Showing posts with label Perihal Mati. Show all posts
Showing posts with label Perihal Mati. Show all posts

Monday, August 17, 2009

Pergi Tidak Kembali

Sabda Nabi s.a.w. :
Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat."

(Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya)

Kata Imam al-Ghazali:
“Mengingati kematian itu menghasilkan kemanisan iman sekali gus menguatkan rasa bertuhan dan dekat kepada Allah.”


Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Vokalis Nasyid Kumpulan Rabbani). Semoga bersabar di atas pemergian abadi ahli keluarga yang disayangi. Bersama doakan kesejahteraan dan kebahagiaan Allahyarham di alam abadi yang pasti kita tempuhi.

Saturday, May 10, 2008

Malam Pertama.....

Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?
"Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangidunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri;
"Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.."
Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan.
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya.

Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"
Kematian itu pasti.
Ia tidak meleset meski hanya sedetik.
Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba.
Ia misteri.
Kerananya setiap orang semestinya selalu siap.
Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan.
Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala.
Tanpanya, husnul khatimah itu nihil.
Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa,
apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Ia adalah malam pertama dengan dua wajah,
mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya,
atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)

Saturday, February 2, 2008

Suatu Penerbangan

"Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia). Ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
  1. Penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

  2. Bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

  3. Bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

  4. Pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.

  5. Pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.

  6. Visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahaillallah'.

  7. Pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

  8. Layanannya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

  9. Destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

  10. Ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

  11. Pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi sama ada Syurga atau Neraka.

  12. Tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

  13. Lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

  14. Destinasi terakhir sama ada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

  15. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

  16. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.

  17. Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

  18. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-.a.

  19. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi. Ya! Berita Baik!!

  20. Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT?

Sumber : http://www.hanan.com