Monday, January 28, 2008

Rintihan Hati


Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk dan sujud di tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Atau menggentel biji tasbih dengan berzikir dan bertahmid. Atau sekadar membahagi-bahagikan harta kepada fakir miskin.

Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang tak bertepi. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa sehari berbuka. Pun tidak dikhususkan kepada membayar zakat, menunaikan haji dan sebagainya.

Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan antara bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidakperlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah yangbesar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya.

Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan seorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke dunia,tak membawa walau seurat benang di tubuh. Justeru hati sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta, sentiasamengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantungkepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akan Allah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam sembahyang, fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di luarsembahyang. Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuahhadis Qudsi yang bermaksud:

“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Akujuga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupakepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja yangengkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakahyang memberimu makan sewaktu engkau masih janin didalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segalakeperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua tak dirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau kealam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan beginisewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu.”

Memang wajar kita mengingati Allah yang telah banyakmemberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa ingatakan kita. Yang terus saja memerhatikan kita. Yang terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.

Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang terlalubanyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta,cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“berfikir sesaat itu lebih baik daripadasembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk).”

Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akanmeruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah. Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapahampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan diri, lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita yangterlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan mengharap rahmat Allah yang maha luas itu. Datanglah perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari setitik air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam kehinaan selama-lamanya.

Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak punyakuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan iradahNya. Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya. Hanya belas kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan diridaripada segala bala bencana. Hati yang tidak pernahingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati seorang tuan.

Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat keatas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya.
Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan iaberasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaandaripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkanujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.

Hukama berkata: “Allah lebih suka mendengar rintihanhamba yang berdosa (termasuk rintihan hati) daripadaseorang abid yang duduk beribadah.”



Demikian tingginya nilai rintihan hati seorang hambadibandingkan dengan ibadah lahir. Ibadah lahir belumtentu melahirkan rasa kehambaan, kerana boleh jadi seorang yang beribadah itu berasa selamat dengan ibadahnya.

Ingatan hati dan rintihan hati seorang insan terhadap Tuhannya datang daripada rasa kehambaan yang tulen.Rasa kehambaan inilah tanda seorang insan telah mendapat nikmat iman yang tinggi nilainya. Tiada sesuatu yang lebih berharga daripada nikmat iman. Beruntunglah mereka yang dianugerahi nikmat ini. hanyahamba-hambaNya yang terpilih saja yang akan dikurniai rasa kehambaan.

Seorang hamba yang hatinya sentiasa ingat dan merintihkepada Allah tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisahdengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian, dantidak menderita dengan kejian. Hati sentiasa merasaserba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam semuakeadaan. Inilah yang dikatakan hati yang hidup, yangsentiasa dalam beribadah. Apatah lagi jika ditambahdengan banyaknya ibadah lahir seperti sembahyang,puasa, sedekah dan sebagainya; makin tinggilah darjat si hamba di sisi Khaliqnya.








Sumber www.raudhah.com

No comments: