Sunday, January 27, 2008

Salam Perkenalan

Latar belakang

Dilahirkan di Teluk Intan, Perak. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dalam jurusan Syariah (Fiqh & Usul Fiqh). Kini sedang menyiapkan disertasi diperingkat Sarjana Syariah (Fiqh & Usul Fiqh) di Universiti Malaya. Doakan kejayaan saya dan diberikan kekuatan untuk menghambakan diri dibidang keilmuan.

Emel : azribhari@gmail.com

Pengalaman Kerjaya

Pernah bertugas di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sebagai Pegawai Tadbir (Penolong Pengarah Pentadbiran & Urusetia).

Pernah juga menjadi tenaga pengajar Kelas Pengajian Tinggi Tafaqquh Fiddin di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pengalaman singkat pernah berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Turut pernah ditawarkan berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Namun tawaran tersebut dilepaskan kerana beberapa faktor tertentu.

Kini berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bharu.

Forum : Kolonel Jamil Khir Baharom (Kagat), Saya, Ustaz Anuar Ridhuan (UM)

Forum : Saya, Y.Bhg Dr. Rubiah K. Hamzah
Motto

”Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah (mengabdikan diri) kepadaku”. (Surah al-Zariyat : 56)

No comments: