Sunday, January 27, 2008

8 Perkara yang mematikan hati

Hati perlu sentiasa digilap untuk terus bersinar. Sekiranya diabaikan, hati akan mati. Menurut Ibrahim bin Adham, terdapat lapan perkara yang boleh mematikan hati manusia.

1. Mengetahui hak Allah, tetapi tidak menegakkan.
2. Membaca al-Quran, tetapi tidak melaksanakan kandungan.
3. Mencintai Nabi s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
4. Takutkan mati, tetapi tidak persiapkan diri.
5. Mengetahui syaitan itu musuh, tetapi ghairah mengikutinya.
6. Takutkan neraka, tetapi masih melakukan maksiat.
7. Mahukan syurga, tetapi tidak beramal soleh.
8. Kekurangan diri sendiri dilupakan, tetapi kekurangan orang diketengahkan.

Justeru itu, suburkan hati untuk terus beribadah agar sentiasa disinari cahaya keimanan.

No comments: