Dari kiri Puan Fasha Ja'far (Penolong Pendaftar UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru), Ustazah Siti Rahimah Mohd Don & Ustazah Sa'adah Salihan (Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru)
Kursus Pengurusan Jenazah bagi staf wanita telah dijalankan pada 20 April 2010. Kursus ini telah disertai seramai 32 orang staf wanita UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru bermula seawal jam 8:30 pagi sehingga 12:30 tengahari.
Kursus ini telah dikendalikan oleh moderator jemputan iaitu Ustazah Siti Rahimah binti Mohd Don & Ustazah Sa'dah binti Salihan dari Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru. Para peserta diberi taklimat teori terlebih dahulu dan disusuli dengan simulasi berkaitan adab-adab pesakit, adab menziarahi pesakit, bantuan yang boleh diberikan sejurus selepas seseorang meninggal dunia, cara memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah.

Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru
No comments:
Post a Comment