
Filem ini bukan pertama dan terakhir yang terus-menerus menghina Islam. Pastinya, ia akan diteruskan oleh musuh-musuh Islam yang lain.
Apakah tindakan yang sewajarnya dalam menangani isu ini?
- Pendirian umat Islam perlu jelas dengan menyatakan kemarahan kerana agama Islam dan al-Quran dihina sedemikian rupa.
- Badan tertentu perlu memainkan peranan yang serius dan sewajarnya dalam mengembalikan kemuliaan Islam. Sikap Oh I See (OIC) dan No Action Talk Only(NATO), hanya memberikan ruang kepada musuh Islam untuk terus menghina Islam.
- Ketidakpedulian umat Islam terhadap al-Quran juga dianggap sebagai menghina Islam. Justeru itu, umat Islam perlu menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan utama dalam kehidupan. Akibat melalaikan panduan ini, akhirnya Allah mendatangkan peringatan kepada umat Islam seluruh dunia dengan filem Fitna oleh Wilders.
- Tidak melatah dengan terus bertindak ganas, kerana inilah hasrat utama Wilders menerbitkan Fitna ; agar umat Islam marah, memberontak lalu membunuh rakyat Belanda sebagai tindak balas. Dan akhirnya membenarkan dakwaannya, bahawa al-Quran sebuah kitab fasis yang menganjurkan umatnya bersikap ganas dan teroris.
- Mengadakan dialog dengan Wilders untuk menjelaskan segala kekeliruan yang ada pada dirinya dengan Islam. Mungkin dengan cara ini, secara tidak langsung kita dapat berdakwah kepadanya.
No comments:
Post a Comment