Sunday, May 10, 2009

TOKOH-TOKOH ULAMAK

Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi
http://www.qaradawi.net/site/topics/index.asp?cu_no=2&temp_type=44

Beliau lahir di Shafth Turaab, sebuah desa kecil di Mesir, pada 9 September 1926.

Setelah menyelesaikan pendidikannya di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar, hingga lulus tahun 1952. Beliau menamatkan PhD pada tahun 1973.

Dr. Yusuf al-Qaradawi adalah seorang profesor yang diiktiraf sebagai pemikir Islam dan ulama kontemporari. Ini adalah kerana beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang fiqh, usul al-fiqh, dakwah Islamiah, gerakan Islam, ekonomi, sastera dan pemikiran. Selain daripada itu, beliau juga terkenal sebagai ulama yang membawa manhaj atau metodologi pemikiran yang unik dan agak berbeza daripada sarjana Islam moden yang lain.

Pendekatan wasatiyahnya membuatkan pendapat beliau mudah untuk diterima, dan berdasarkan pendekatan ini beliau mampu menulis ratusan buku dalam pelbagai bidang ilmu Islam yang tersebar di seluruh dunia. Pemikiran al-Qaradawi dalam fiqh dapat dilihat melalui karyanya tentang permasalahan fiqh, persoalan isu semasa umat Islam, keperluan kepada ijtihad kontemporari dan persoalan mengenai fatwa. Antara karya beliau ialah :

- Fiqh al-Zakah
- Fiqh Halal Haram
- Fatawa Mu'asarah
- Dawabit al-Maslahah


Syaikh Dr. Wahbah al-Zuhayli
http://www.zuhayli.com/

Beliau adalah seorang ulamak dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932.

Beliau memulakan pengajian menengahnya di Syria, kemudian melanjutkan ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah (Cairo University).

Setelah selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan). Antara karya beliau :

- al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu
- Tafsir al-Munir
- al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami
- al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh

SELAMAT HARI IBU

Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, sejahterakanlah kehidupan mereka dunia & akhirat...amin

31_14

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung keletihan demi kekeletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” [Luqman 31: 14]