Friday, April 23, 2010

Putera Sulung Kami

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. cahaya mata kami selamat dilahirkan padal 30 Januari 2010, pukul 11:52 pagi. Putera sulung kami dinamakan Ahmad Fakhruddin bin Azri. Doa kalian kami harapkan semoga kami sihat sejahtera, diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. selalu.

Thursday, April 22, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah Staf Wanita (20 April 2010)

Majlis Perasmian Kursus Pengurusan Jenazah (Staf Wanita).
Dari kiri Puan Fasha Ja'far (Penolong Pendaftar UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru), Ustazah Siti Rahimah Mohd Don & Ustazah Sa'adah Salihan (Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru)

Para peserta memberi tumpuan terhadap pengisian teori.

Para peserta menunjukkan komitmen & partisipasi yang tinggi, tahniah & syabas.

Ustazah Siti Rahimah Mohd Don & Ustazah Sa'adah Salihan melakuakan simulasi pengurusan jenazah.

Para peserta ditunjukkan cara mengkafankan jenazah.

Para peserta ditunjukkan cara mengikat kain di bahagian kepala.

Para peserta ditunjukkan cara mengikat kain di bahagian kaki.

Para peserta membuat praktikal di dalam kumpulan.

Moderator membantu & memantau para peserta yang melakukan praktikal.

Kursus Pengurusan Jenazah bagi staf wanita telah dijalankan pada 20 April 2010. Kursus ini telah disertai seramai 32 orang staf wanita UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru bermula seawal jam 8:30 pagi sehingga 12:30 tengahari.

Kursus ini telah dikendalikan oleh moderator jemputan iaitu Ustazah Siti Rahimah binti Mohd Don & Ustazah Sa'dah binti Salihan dari Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru. Para peserta diberi taklimat teori terlebih dahulu dan disusuli dengan simulasi berkaitan adab-adab pesakit, adab menziarahi pesakit, bantuan yang boleh diberikan sejurus selepas seseorang meninggal dunia, cara memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah.

Azri bin Bhari
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Friday, April 16, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah Staf Lelaki (15 April 2010)




Kursus Pengurusan Jenazah bagi staf lelaki telah dijalankan pada 15 April 2010. Kursus ini telah disertai seramai 37 orang peserta bermula jam 8:30 pagi sehingga 12:30 tengahari. Antara pengisian kursus ini adalah adab-adab pesakit, adab-adab menziarahi pesakit, perkara yang perlu dilakukan sejurus berlaku kematian, memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan & mengebumikan jenazah.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Ustaz Zahid bin Naim, Bilal Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Beliau berpengalaman menguruskan jenazah selama kurang lebih 20 tahun sejak berkhidmat dengan Jabatan Agama Islam Johor.

Azri bin Bhari
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Solat Hajat & Bacaan Yasin Sempena Peperiksaan Pada (8 April 2010)

Majlis bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Azri Bhari

Para pelajar UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

En.Rahim bin Haron (Penceramah Motivasi Menghadapi Peperiksaan) &
Prof. Madya Dr. Hj. Ahmad bin Che Yaacob (Koordinator Kampus)

Para siswa tekun mendengar.

Para siswi memberi tumpuan.

Pada hari Khamis 8 April 2010, Unit Kemajuan Islam dengan kerjasama Unit Kaunseling Kerjaya & Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan majlis solat hajat & bacaan Yasin sempena peperiksaan akhir semester bagi para pelajar UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Majlis ini dimulakan dengan solat maghrib berjamaah, bacaan yasin, solat hajat, solat isyak & disusuli dengan ceramah motivasi menghadapi peperiksaan yang disampaikan oleh En. Rahim bin Haron, Kaunselor Institut Pendidikan Guru Batu Pahat.

Azri bin Bhari
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Wednesday, April 14, 2010

Program Kerohanian Mingguan

Kuliah umum untuk staf oleh P.M. Dr. Hj. Ahmad Che Yaacob
(Koordinator UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru)

Kuliah Kitab Munyatul Musolli oleh P.M. Dr. Hj. Ahmad Che Yaacob
(Koordinator UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru)

Kuliah Kitab Hadis Matan al-Arbain oleh Ustaz Azri bin Bhari

Kuliah Adab & Akhlak oleh Tn. Hj. Zakaria bin Ghazali

Kuliah Kitab Fiqh Manhaji oleh Ustaz Mohd Ali bin Mohd Don

Program Pembudayaan al-Quran oleh Ustaz Azri bin Bhari

Para staf yang menyertai program pembudayaan al-Quran

Bacaan surah Yasin & tahlil di surau al-Hidayah.

Bacaan surah Yasin & tahlil di surau al-Hidayah.

Unit Kemajuan Islam telah berusaha mengatur dan merancang beberapa aktiviti pengisian kerohanian bagi manfaat warga UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru. Alhamdulillah, aktiviti telah berjaya dijalankan setiap minggu dengan partisipasi semua warga kampus. Antara bentuk pengisian kerohanian adalah seperti berikut :

Azri bin Bhari
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru


BIL

AKTIVITI / PROGRAM

TARIKH / MASA

SASARAN

TEMPAT

1.

Kuliyah Akhlak : Kitab Bidayah al-Hidayah

Oleh : Hj. Zakaria bin Hj. Ghazali

Isnin

07:30 – 08:30pm

Selepas Maghrib

- Staff

- Mahasiswa/wi

- Surau

2.

Kuliyah Fiqh : Kitab Fiqh Manhaji

Oleh : Ustaz Mohamad Ali bin Mohd Don

Isnin

08:30 – 09:30am

Waktu pagi

- Staff

- Mahasiswa/wi

- Surau

3.

Kuliyah Hadith : Kitab Matan al-Arba’in

Oleh : Ustaz Azri bin Bhari

Selasa

07:30 – 08:30pm

Selepas Maghrib

- Staff

- Mahasiswa/wi

- Surau

4.

Kuliyah Fiqh : Kitab Munyatul Musolli

Oleh : Prof. Madya Dr. Ahmad Che Yaacob

Rabu

07:30 – 08:30pm

Selepas Maghrib

- Staff

- Mahasiswa/wi

- Surau

5.

Bacaan Surah Yaasin & Tahlil

Khamis

07:30 – 08:30pm

Selepas Maghrib

- Staff

- Mahasiswa/wi

- Surau

6.

Iftar Jamaie (Jamuan Bernuka Puasa)

Khamis

07:00 – 07:30pm

- Staff

- Mahasiswa/wi

- Surau

7.

Pembudayaan al-Quran

Minggu 1 : P.M. Dr. Ahmad Che Yaacob

Minggu 2 : Ustaz Mohd Ali Mohd Don

Minggu 3 : Hj. Zakaria bin Hj. Ghazali

Minggu 4 : Ustaz Azri bin Bhari

Rabu

08:30 – 09:30am

Waktu pagi

- Staff

- Mahasiswa/wi

- Surau

8.

Qiyamullail

Jumaat

04:30 – 05:30am

Sebulan sekali

Minggu ke-3

- Staff

- Mahasiswa/wi

- Surau