Thursday, February 7, 2008

10 Sebab Doa Tidak Diperkenankan

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata:

" Suatu hari Ibrahim Bin Adham ( Abu Ishaq ) berjalan di pasar Basrah lalu dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya:

" Ya Abu Ishaq, Allah berfirman: bermaksud( Mintalah olehmu sekalian kepada Ku nescaya aku kabulkan). Dan kami telah setahun berdoa tapi doa kami belum dikabulkan".

Ibrahim Bin Adham pun menjawab: " Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedang hati kamu tertutup dengan 10 perkara:
  1. Kamu telah mengetahui Allah tapi belum menunaikan haq-haqNya.

  2. Kamu telah membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.

  3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi kamu masih mentaatinya mengikut suruhannya.

  4. Kamu Mengatakan kamu umat nabi Muhammad S.A.W tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.

  5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.

  6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

  7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak nersiap-siap menghadapinya.

  8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

  9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat tuhan tetapi tidak mahu bersyukur kepadanya.

  10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka".

Sunday, February 3, 2008

Siapakah......?

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

5 Syarat Nak Buat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Syarat kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.

Cinta Ilahi

Sajak Aminah Qutb Untuk Suaminya

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita.
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cinta.
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku,
Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-mu,
Dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah kerana-mu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku,
berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian, yang kau berikan kepadaku.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-mu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-mu.

Ya Rabbana,

Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-mu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-mu.

Ya Allah,
Jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-mu.

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-mu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-mu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-mu. ¨

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada mati hanya sekali jadikannya pada jalan allah, mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,

Lima Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat :

pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah,

kedua; engkau sembunyikan,

ketiga; engkau terimalah,

keempat; jangan engkau putuskan harapan,

kelima; larilah engkau daripadanya.

"Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "saya diperintahkan memakan pertama saya hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, "saya telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah. saya sangat lapar dan saya mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah. saya telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa:

Pertama; yang engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu\n ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah saya kerjakan di dunia dulu.

Maka berkata Allah s.w.t. "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan\n merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Saturday, February 2, 2008

The Best For Us

ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain


We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear

ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow

For growing trees are strenghtened
if they can with stand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form

ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong

"Bisa saja kamu membenci sesuatu padahal hal itu baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal hal itu buruk bagi kamu. Dan Allah-lah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah 2:216)

Sumber : http://www.keampunanallah.blogspot/.

Bila Dahi Bertemu Sejadah

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
TERASA KASIHNYA YANG MAHA ESA,
DALAM SUJUD KEHENINGAN PAGI,
MENAGIH KEAMPUNAN ILAHI..

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
MENGIMBAU AKAN DOSA DAN NODA,
ADAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUKKU,
KEMBALI KE JALANMU YA ALLAH...

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
TERASA KERDILNYA DIRI,
LAHIR DARI SARIPATI YANG HINA,
MENGABDIKAN DIRI KEMBALI KE PANGKUANMU...

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
HAMBAMU INI BERDOA KEPADAMU,
TETAPKANLAH IMAN HAMBAMU INI,
BERILAH PETUNJUKMU yang AGUNG,
AGAR BISA DIRI INI TAAT KEPADAMU....

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
HATI INI MERINTIH KEHINAAN,
MASIHKAH ADA JIHAD DALAM DIRIKU,
SAAT SAUDARAKU DIROBEK KEKEJAMAN,
ADAKAH aku HANYA MANPU MELIHAT....

SEBELUM DAHIKU BERTEMU SEJADAH,
SUJUD MENGHARAP KEAMPUNANMU,
HAMPARKANLAH NUR HIDAYAHMU,
LUNTURKANLAH KEHINAAN HAMBAMU INI,
AGAR BISA KU BERDIRI DIHADAPANMU KELAK,
DENGAN PENUH rasa BANGGA MENJADI HAMBAMU YANG KAMIL...........

Sumber : nurofislam.blogspot.com/

Jatuh Cinta Satu Kesilapan?

Jatuh cinta satu kesilapan
Kenapa…bukankah ia hadir dari rahmat yang Esa
Bukankah ia hadir tanpa dipinta
Hadir tanpa diduga

Jatuh cinta bukan satu kesilapan
Tapi tempat menguji ketaqwaan
Cintakah kita pada yang Esa atau melangit pada yang tidak kekal
Sama ada kita hamba pada CINTA atau PENCIPTA

Jatuh cinta bukan satu kesilapan…
Ia perasaan nan suci
Kita yang menzahirknnya
Kenapa cinta dipersalahkan
Tatkala ia dinodai
Bukan salah cinta itu…
Tapi DIRI sebab tak dibina dengan ISLAM
Tak diperhalusi dengan keimanan
Tak dibajai dengan ketaqwaan

Jatuh cinta bukan satu kesilapan…
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Penyayang
Cinta itu luas maknanya
Cinta IBU membawa ke syurga
Cinta KELUARGA membawa bahagia
Cinta pada KERJINAN perolehi kejayaan
Cinta pada BUKU dicurahkan ilmu
Cinta pada SAHABAT mendapat berkat
Cinta pada IBADAH mendatangkan rahmat Tuhan
Cinta pada ILAHI kebahagiaan hakiki

Tapi memang cinta satu kesilapan
Jika ia menjauhkan diri dari Pencipta
Jika ia membina jurang dari yang Esa
Jika ia mengalpakan diri
Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadam cahaya Ilahi
Jika ia mengundang kemurkaan KhalidNYA
Jika ia menjadikan kita hambanya
Maka cinta itu harus dijauhi
Dan memang ia SATU KESILAPAN...

Sumber : kasihkholis.blogspot.com

Tariq Bin Ziyad : Pahlawan Islam Andalusia


Tanggal 19 Julai tahun 711 Masehi, pasukan Islam dan Nasrani bertempur. Keduanya pasukan itu berperang berhampiran muara sungai Barbate. Pada pertempuran ini, Tariq dan pasukannya berhasil melumpuhkan pasukan Gotik, hingga Raja Roderick tenggelam di sungai itu. Kemenangan Tariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentera Islam secara terbuka. Tariq membahagi pasukannya menjadi empat kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordova, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol. Semua kota-kota itu menyerahkan kuasa tanpa berlaku pertembungan. Kepantasan gerak tempur dan kehebatan pasukan Tariq berhasil melumpuhkan orang-orang Gotik dengan mudah. Rakyat Sepanyol yang sekian lama tertekan akibat penjajahan bangsa Gotik, mengalu-alukan kedatangan orang-orang Islam. Bahkan mereka juga tertarik dengan perilaku Tariq dan pahlawan Islam berakhlak mulia sehingga mereka disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.

Salah satu pertempuran paling sengit terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Tariq. Dalam pertempuran ini, Musa bin Nusair panglima atasannya iaitu seorang raja muda Islam di Afrika turut bergabung bersamanya. Setelah bergabung, kedua-dua Panglima perang itu terus bergerak maju ke daerah Sepanyol bersama. Pada waktu kurang dari 2 tahun seluruh dataran Sepanyol jatuh ke tangan Islam. Negara Portugis pula berjaya ditakluk beberapa tahun kemudian setelah kejayaan Islam di Sepanyol.

"Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling masyur bagi bangsa Arab ketika itu," berkata seorang Inggeris bernama Phillip K.Hitti. Dan beliau menambah lagi katanya "Dan mereka membawa masuk wilayah Eropah yang paling luas dan belum pernah mereka peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kepantasan pelaksanaan sistem dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan."

Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui ( maksudnya Islam tidak memaksa agama lain untuk memeluk agama Islam secara paksa ). Ketidaktoleranan dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orang Kristian, digantikan sikap toleransi yang tinggi dan kebaikan budi pekerti bersikap luar biasa. Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jika tentera Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem pajakan secara sistematik seterusnya membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negara contoh di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komuniti mendapat layanan samarata dalam segala kebajikan dan keperihatinan oleh pemerintah Islam. Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa ke atas penduduk Sepanyol. Masyarakat Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka setelah ditakluk oleh empayar Islam telah lari dalam keadaan ketakutan, akhirnya kembali pulang ke kampung halaman serta menjalani kehidupan sediakala tanpa ada rasa bimbang dihati.

Seorang penulis Kristian terkenal telah mengatakan bahawa :

"Muslim-muslim Arab itu memerintah kerajaan Cordova dengan baik adalah sebuah keajaiban di Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. Dan saat itu Eropah sedang dalam zaman kegelapan dan kebodohan yang nyata."

Tariq bermaksud menaklukkan seluruh Eropah, tapi Allah menentukan segalanya. Ketika mana beliau sedang merencanakan perluasan empayar Islam ke bahagian Eropah lain, datangnya perutusan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan ketaatan yang tinggi, Tariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tidak lama kemudian, Sang penakluk Sepanyol, iaitu wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama lapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. ( Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau sebagai Panglima Islam yang banyak berjasa kepada Islam ). Beliau wafat di Damaskus..Ameen..

Sumber : Eramuslim.com

Sheikh Muhammad Abduh

Bagaimana pemikiran seorang ulamak sampai sanggup menggalas amanah berat ummah dan agama. Mereka sanggup korbankan diri, susahkan diri, tak cukup makan, tak cukup tidur tetapi terpikirkah kita untuk apa? Semuanya itu terselit rahsianya dari dalam keilmuan dan pengetahuan mereka. Jika kita tidak begitu, tanda ilmu kita sia-sia...

Jika hanya berlindung tempurung, hanya kepala tidak kena hujan...

BIODATA

Dalam kegawatan ekonomi ummat Islam sekarang, model atau tokoh yang sering diambil adalah daripada kalangan pihak kuffar dan pihak Barat. Lantaran itu, kita melihat ummat Islam tidak maju ke hadapan secara kamil. Kita seharusnya mengambil orang Islam sebagai role model kita. Syeikh Muhammad Abduh merupakan seorang ulama’ yang disegani dan tokoh yang perlu dicontohi. Beliau telah mengorbankan diri, harta, dan seluruh kehidupannya untuk Islam yang tercinta. Syeikh Muhammad Abduh atau nama sebenarnya ialah MUHAMMAD ABDUH, diambil sempena kasih sayang dan ingatan kepada Rasulullah s.a.w. apabila nama tersebut dilengkapkan dengan nama bapanya. Ini dilakukan bertujuan untuk mendapat keberkatan daripada lafaz yang sering digunakan terhadap baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau dilahirkan pada tahun 1265 Hijrah bersamaan 1849 masihi di kampung yang lebih dikenali dengan sebutan ‘Mahalat Nasr’ yang terletak di daerah Yuhareen, Mesir. Bapa Syeikh Abduh bernama Abduh bin Hussain Khuriullah yang ada kaitan dengan orang Turki. Ibunya pula dinyatakan berketurunan Umar al-Khattab, khalifah kedua dalam sisitem khulafa’ ar-Rasyidin. Syeikh Abduh berasal daripada keluarga yang sederhana dan tinggal di bawah satu bumbung dengan bilangan ahli keluarga yang ramai.

PENDIDIKAN

Syeikh Abduh juga seperti kanak-kanak lain yang menerima pendidikan formal daripada bapanya sendiri dan seringkali didatangi oleh guru dari luar daerahnya dengan tujuan memberi didikan agama kepadanya. Oleh kerana kepintarannya semula jadinya yang dimiliki oleh Syeikh Abduh, beliau dapat menguasai sekaligus menghafaz al-Quran dalam usia yang tidak mencecah 12 tahun. Selain daripada pendidikan itu, Syeikh Abduh pernah belajar al-Quran di sebuah masjid yang dikenali sebagai “Masjid Ahmadi” yang terletak tidak jauh daripada kampungnya.

Setelah tamat pengajiannya di sini, Syeikh Abduh melanjutkan pengajiannya di sebuah maktab perguruan agama. Setelah tamat pengajiannya di maktab itu , beliau telah memasuki Universiti Al-Azhar. Oleh kerana beliau merasakan sisitem pendidikan yang ada tidak secocok dengannya, beliau telah kembali ke tempat asal dan menjadi seorang petani. Lapangan yang diceburinya ini tidak mendapat restu daripada bapanya kerana bapa Syeikh Abduh mengharapkan agar puteranya berjaya di dalam ilmu pengetahuan. Kemudian Syeikh Abduh telah kembali belajar semula dan tamat kuliahnya pada tahun 1877. Syeikh Abduh berada di institusi pengajian tinggi ini selama 4 tahun. Kemudian, beliau telah bekerja sebagai pensyarah di Universiti Darul Ulum dan Universiti Al-Azhar atas inisiatif Perdana Menteri ketika itu, Radzha Basha.

IDEA

Syeikh Abduh merupakan seorang pengkritik yang sentiasa menimbulkan kontroversi kepada pemerintah. Semasa beliau berkhidmat di universiti tempatan, beliau pernah menyatakan kepada para pelajar bahawa roh kebangsaan yang ada dalam jiwa mereka telah diresapi oleh fahaman asing. Dengan itu, minda mereka telah menjadi beku dan lemah. Pihak Universiti Al-Azahar tidak berasa senang dengan pengaruh Syeikh Abduh terhadap pelajar-pelajar universiti ini, lalu memecatnya daripada jawatan pensyarah di pusat pengajian itu.

Lanjutan daripada itu, Syeikh Abduh telah dibuang daerah ke Beirut, Lebanon dan Perancis. Semasa berada di tempat itu, beliau tidak menghabiskan masanya begitu sahaja. Ketika di Beirut, beliau mengajar ilmu tafsir, tauhid, mantiq, balaghah, Sirah Islam, Fiqah Mazhab Hanafi dan lain-lain.

Pembuangannya ke Perancis adalah disebabkan beliau dituduh terlibat dalam ketegangan yang berlaku yang dikenali dengan nama ‘Pemberontakan Urubiyyah’. Semasa di Perancis, beliau berkesempatan menemui Syeikh Jamaluddin al-Afghani yang berada di situ. Daripada pertemuan singkat itu, telah membuahkan semangat jihad, yang disampaikan oleh Jamaluddin Al-Afghani dan beliau telah memberi amanat kepada Syeikh Abduh iaitu menyuburkan semangat berbakti kepada masyrakat dengan menyemarakkan lagi semangat jihad ke dalam jiwa mereka bagi membanteras fahaman kolot yang bersarang di dalam jiwa masyarakat dan berfikir untuk maju ke hadapan. Semasa di sinilah, kedua-dua tokoh ini telah bergabung tenaga untuk menerbitkan majalah yang diberi nama ‘al-Uruwatil Wuthqa’.

PULANG KE TANAHAIR

Oleh kerana ilmu yang disampaikan oleh Syeikh Abduh adalah suatu kebenaran, maka pihak pemerintah Mesir telah memanggilnya pulang semula ke Mesir untuk berkhidmat dengan kerajaan. Beliau telah diberi tawaran untuk memegang jawatan kadi iaitu jawatan yang tinggi pada masa itu. Dengan jawatan itu, Syeikh Abduh diharapkan sekadar menjawab jawapan permasalahan yang dihadapi oleh pemerintah semata-mata, tetapi Syeikh Abduh bersikap lebih luas iaitu berkhidmat untuk rakyat jelata. Jawatan ini telah disandang oleh beliau sehingga akhir hayatnya.

Semasa beliau melawat kota London untuk memberi ceramah yang dihadiri oleh masyarakat Inggeris, Syeikh Abduh telah menyatakan bahawa orang Inggeris sepatutnya meninggalkan Mesir kerana masyarakat Mesir amat benci kepada golongan tersebut. Menurut beliau lagi, orang Islam tidak dibenarkan memberi wala’ (taat setia) kepada selain orang Islam sendiri.

Selain daripada keberanian Syeikh Abduh menyampaikan ceramah dengan mengkritik terhadap sebuah masyarakat walaupun mereka ada di hadapannya, beliau juga dikenali sebagai seorang yang sering mengutarakan idea kontroversi bagi membela masyarakat Islam daripada segala penghinaan dan serangan.

SUMBANGAN

Dalam masa hayatnya Syeikh Abduh merupakan seorang mujaddid yang sering memberikan saham yang bernilai kepada masyarakat Islam sama ada semasa berada di tanahair atau sewaktu beliau dibuang ke luar negeri. Semasa berada di Syria umpamanya, beliau berkhidmat sebagai pengajar di Maktab Perguruan Tinggi Sultaniah lebih kurang setahun. Sumbangannya yang lain ialah beliau pernah menerbitkan majalah al-Ahram dan diberi amanah untuk mengendalikan sebuah majalah yang dikenali dengan sebutan ‘al-Waqiq al-Mesri’.

Syeikh Abduh juga dikatakan telah mengarang beberapa buah buku yang terkenal. Bukunya yang bertajuk Risalah at-Tauhid telah dijadikan sebagai buku teks di institusi pengajian tinggi Mesir serta bahan rujukan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa asing untuk disebarluaskan ke persada masyarakat antarabangsa.

Kehebatan Syeikh Abduh menghadapi sakit sewaktu perjalanannya ke Sudan, namun beliau merahsiakan daripada pengetahuan sahabatnya. Tetapi penderitaan yang dialami Syeikh Abduh akhirnya diketahui oleh sahabatnya. Doktor mengesahkan bahawa penderitaan yang dialami adalah penyakit barah yang telah menjadi kronik. Dengan itu, Syeikh Abduh bercadang untuk merawat penyakitnya di Eropah . Niat tersebut tidak direstui oleh teman-teman Syeikh Abduh lalu doktor menasihatkannya agar membatalkan niatnya.

Pada 11 Julai 1905 Masehi, Syeikh Abduh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah sahabatnya, Muhammad Bek Raban di Ramel Iskandariah, Mesir. Kematian Syeikh Abduh bukan sahaja dirasai oleh masyarakat Mesir tempatan, bahkan dirasai oleh komuniti antarabangsa dengan menerima pelbagai sanjungan daripada penulis-penulis yang terkenal sezaman dengannya.

Syeikh Abduh telah meninggalkan satu amanat yang penting di dalam buku karangannya ‘Risalah at-Tauhid ‘. Amanatnya cukup menarik untuk kita jadikan titik renungan bersama iaitu, “Manusia yang hidup menurut aqidahnya, maka luruslah perjalanan hidupnya”. Lantaran itu, kita perlu mengambil iktibar daripada perjalanan hidup Syeikh Abduh yang telah menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi untuk mengembalikan sinar kegemilangan yang kian sirna. Sifat-sifat yang dimiliki oleh beliau wajar kita asimilasikan dalam hati agar kita dapat terus mempertahankan Islam dalam alaf yang akan datang dan untuk selama-lamanya ........Insya-Allah.

Sumber : PAZ ( MANHAL PMRAM )

Tahun Baru Hijrah : Sejarah & Hubunganya Dengan Hijrah Rasulullah s.a.w.


Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam.Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar'ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.

Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali."

Hijrah adalah sunnah para anbiya

Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.

Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.

Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.

Allah tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.

Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan negara.

Maka berlakulah penghijrahan golongan ulama' yang terpaksa meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.

Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh

Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal:

"Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan)."

Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.

Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut :

"Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Pengajaran daripada peristiwa Hijrah

Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:




  1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).


  2. Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.


  3. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.


  4. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.


  5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.
    Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.


  6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.

Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.


Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam




  1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.


  2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.

Sumber : ibnufariz.blogspot.com


Memikir Jauh Untuk Ummah

Bergelak gempita diulit hiburan
Hingga tergadai agama dan perjuangan
Ibu dan bapa juga nakkan hiburan
Nakkan sedikit dunia buang pensyari’atan
Tidak dengarkah tangisan bayi yang dibuang
Tidak nampakkah wanita berjalan bagaikan bertelanjang
Tidak sedarkah akidahMu di’hias’ dengan celaan
Tahu atau tidak tahu…????
Jangan buat-buat tak tahu
Allah tahu apa yang engkau tahu

Wahai Da’ie,
Bangunlah dari kerusi empukmu
Dirimu layak hanya bertikar
Dimana semangat juangmu dulu
Dimana semangat takbirmu itu
Sudah dikabarkan kepadamu
Engkau hanyalah ‘kuli agama’
Ya..Kuli agama
Apakah tidak sedar dirimu wahai kuli?????
Dimana, agama dihina engkau disitu mempertahankannya
Dimana, agama dilaksana disitu engkau menjulangnya
Bangunlah memikirkan ummatMU
Sabarkan dulu nikmat DUNIA yang sekelumit
Pesankan pada dirimu dulu
NIkmat itu menanti dirimu di syurga sana
Masih ingat..?
Biar rebah jangan berubah?
Biar terbuang terus berjuang?

FITNAH..!!
Ku ingat pesan guruku
Ingin berjuang ‘alaika thalasah
Kenderaanmu sebagai wasilah juangmu
KediamanMU sebagai medan tarbiah dan melepas penatmu
Berkeluarga sebagai menjaga ilmu MU
Hakikatnya semua permudah dalam berjuang
Berjuang menuju Syahid
Menuju cintaNYA dan menuju Redhanya
Namun..
Jika tiada semuanya untukmu
Itulah REDHO-NYA kepadaMu

Fa ‘indaka sakinah…

Sumber : aljanianji.blogspot.com

Suatu Penerbangan

"Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia). Ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
  1. Penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

  2. Bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

  3. Bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

  4. Pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.

  5. Pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.

  6. Visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahaillallah'.

  7. Pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

  8. Layanannya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

  9. Destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

  10. Ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

  11. Pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi sama ada Syurga atau Neraka.

  12. Tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

  13. Lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

  14. Destinasi terakhir sama ada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

  15. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

  16. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.

  17. Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

  18. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-.a.

  19. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi. Ya! Berita Baik!!

  20. Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT?

Sumber : http://www.hanan.com

Mawar Berduri

Sesungguhnya kejadianmu muslimah begitu indah
Tercipta daripada rusuk adam untuk dilindungi dan disayangi
Bukan di kepala untuk disanjung
Bukan juga di kaki untuk dipijak

Lantaran daripada keindahanmu itu,
Kau ibarat sekuntum bunga mawar
Keharumanmu bisa menarik perhatian sang kumbang
Untuk mendekatimu
Adakah semudah itu akan kau serahkan dirimu?

Renungilah pada keindahan bunga mawar
Yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai benteng
Dari kejauhan,keharumannya mencuri perhatian
Kilauan warna yang memancar indah menjadi tarikan

Namun lantaran pagaran duri iman yang berbisa itu
Si kumbang tunduk kagum
Terhadap keindahan yang terjaga
Ia akan berfikir berkali-kali sebelum mendekatinya...

Akuilah hakikat kejadian dirimu
Yang menjadi pelemah iman lelaki
Seandainya pakaian malu kau tanggalkan
Dan perbatasan aurat kau abaikan
Jadilah kau sekuntum bunga yang indah
Tapi sayang seribu kali sayang
Tak berduri
Kau tidak layak digelar mawar berduri!

Ingatlah...
Muslimah solehah tidak melihat lelaki
Dan lelaki tidak melihatnya...

Peliharalah keindahanmu
Untuk si kumbang
Yang bergelar...
SUAMI…

Sumber : www.hanan.com

Checklist Urself

Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan,
Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan,
Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah,
Scandisk amalan dengan uswatun hasanah,
Clean up partition dosa-dosa lama dengan taqarrub padaNya..

Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNya,
Refreshla kecintaan hakiki padaNya dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA,
Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman.
Restart lah kehidupan sementara yang
seakan-akan temporary internet files
yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda
clear history lama dalam recycle bin dunia..
ayuh.. restartla atau ctrl + alt + delete
segala kegelapan jalan yang dilalui..
gantikan dengan sinar baru dengan restart dan
letakkan password admin IMAN sebagai benteng menghalang syaitan,
iblis dan nafsu yang bertopengkan kelembutan seorang user..
SEGERALAH..sebelum hayat hidup kita
di SHUTDOWN oleh Allah TANPA AMARAN...
Salam Maghrifah.. wa Taqarrub...

Sumber : http://www.hanan.com/.